Title

Selamat datang ke Ex 3 RAMD (Utara). Pesanan admin kapada kawan-kawan semua selalulah melawati blog ini kalau hendak melihat gambar semasa dulu-dulu. Gambar- telah ditambah di post-post yang berkaitan.

Tajuk Utama

Masihkah Ingat

Terkenang Masa lalu Lawatan Ceramah Kunjungan


Malaysia :

Lawatan Jalin Kaseh Jerantut Pahang

Aku isteri dan seorang cucu telah memebuat kunjungan Jalin Kaseh ke Jerantut Pahang,  perjalanan kami dari Gunong Medan, Utan Aji, Kangar Perlis pada 13-05-2014, oleh kerana aku dah lama tidaklah dapat teruskan perjalanan,  Kami bermalam di Brincang Cameron Hightand satu malam.


                            
Pada 14-05-2014 kebih kurang jam 0900 pagi kami berlepas dari Brincang menuju ke Jerantut Pahang, Aku terpasa banyak kali berhenti maaklumlah aku sudah berusia 72 tahun mana boleh seperti dulu.  Aku bersukur kepada Allah yang telah memberi aku sihat dan dapat drive kereta untuk menzirah kawan rakan yang sama-sama berkhidmat dalam 3RAMD dimasa lampau.

Kami sampai di Jerantut Pahang lebih kurang jam satu tengah hari, kami chek in Hotel, selepas solat aku telah berhubung dengan kawan lama iaitu Hj Baharuddin (22737), bila beliau sampai kami berama mesera dan bawa kami kerumah, alamat  B, 209 Perumahan Mat Kilau 2, 27000 Jarantut, Pahang.

Aku telah besara pada tahun 19-10-1982 kini tahun 2014 sudah hampira 32 tahun lamanya.  Kalau jumpapun bukan kenal kerana rupa dan bentuk tubuh badan sudah berubah, begitu juga aku sudah berubah sudah tua.


Hj Baharuddin telah berhubung dengan Mohd Darif bin Said (22069) MT, pada pada petang itu, Jamuan petang telah di hidang oleh isteri Hj Baharuddin.  Sambil menimati hidangan aku bercadang ke rumah Abang Aziz pada besok hari, tapi Mohd Darif ajak pada petang itu juga.

Kami berlepas lebih kurang jam lima petang, dalam perjalanan hujan turun begitu lebat sekali, ada pokok mati yang tumbang ke jalan raya, lebih kurang lima belas perjalanan aku tidak dapat melihat jalan raya dengan jelas disebabkan hujan yang lebat, maka aku minta berpatah balik dan pada pagi besok pergi semula ke rumah abang Aziz. Permintaan aku dipersetujui oleh mereka.

     Hj Bharuddin dan Mohd Darif

Bergambar dihadapan Hotel









Mohd Daif
Pandamgam Rumah Abang Aziz (7645)
Hj Baharuddin Jamu makan malam dirumahnya
Hidangan iksn masakan Pehang

No comments:

Post a Comment